aku suka lagu nih... dok terfikir saper laa yang nyanyi lagu nih agaknya. samada kurang publisiti atau aku yang tak baca paper. lagu nih besh sebab mcm sempoi jerk. suara dia pun different. jenis2 mcm vokal meet uncle husein gitu. tup2 kuar kat melodi ahad lepas... budaknya mmg sempoi. pakai tudung men gitar... aisehh... cool beb. lagu2 dia yang lain aku tak pernah dengar lagi. kalau net dah sambung kat umah nanti aku dengar online jerk laa... hehehe...
Yuna-Dan Sebenarnya
oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain
[Dan Sebenarnya Lirik]
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh
***
PROFIL: Yuna (credit: Berita Harian)
Nama sebenar: Yunalis Zarai Komersial: Yuna Usia: 22 tahun Tarikh lahir: 14 November 1986 Tempat lahir: Alor Setar, Kedah Hobi: Menonton filem Idola: Fiona Apple (penyanyi luar negara yang pernah dikenali sekitar 1990). Pendidikan: Masih menuntut dalam tahun akhir di UiTM Shah Alam dalam ijazah Undang Undang Emel: yunaroomrecords@gmail.com INFO: Pandangan Yuna
Bertudung: Menjadi sebahagian daripada tuntutan hidup dirinya dan akan kekal dengan cara begini Pendidikan undang-undang: Kursus ini banyak mengajar dirinya bagaimana untuk serius dalam kehidupan kerana hampir sepanjang masa, dia mengakui tidak terlalu serius. Indie: Artis ‘independent’ yang tidak terikat dengan sebarang label, yang menjayakan muzik secara sendiri (Do It Yourself) dan kebelakangan ini penerimaan terhadap terma ini sudah mula dipandang luas. Indie bukan sejenis jalur muzik, sebaliknya ia hanyalah kelompok atau budaya sesebuah perjuangan. Dunia seni: Sangat rumit dan sukar difahami. Kena bekerja keras untuk betul-betul berjaya. *** All the best for u Yuna ***
5 ulasan:
chilun... anak aku mmg suka laguni..kalu nak dgr kat radio mesti dia terjerit2 cakap "mama..ni lagu arissa".
wah... anak ko indi gak ker? kecik2 dah pandai ek...
chilun..aku pun suka..cool giler yuna ni...
bila mau blk jb..hari tu aku layan karaoke ngan min, yan n epit..jom kita gi nanti eh..
perghh... dasat tu layan karaoke. kat ner weh? HP? aku pun dah windu nak jumpa korang laa weh... iskss... bila laa nak dapat balik n gath reramai. tapi kalau gi karaoke aku bawak anak2 tau... derang pun suka nyanyi nak2 lagu wonderpet... waakkaka..
saya juga sukakan lagu ini
Catat Ulasan