Halaman

Jumaat, April 25, 2008

Hari Harta Intelek 2008

IP day datang lagi. tahun nih kena jadi AJK jemputan dan protokol. tak pernah jadi AJK pun dalam IP day sebelum2 nih. rasa mcm ampeh jerk... buat last minute... hari jumaat yang minggu sebelum IP day tu terpaksa stay sampai kul 10 malam sebab nak siapkan surat jemputan. terpaksa laa bawak ana ngan imi naik opis. ana plak tak leh nak letak.. melalak jerk dia. imi dok sibuk berkemas barang dalam opis tu. dia ingat mainan dia agak nyer. main keyboard mcm laa tau apa yang dia buat. pastu main lumba lari dengan papa dia tu.... kecoh kejap opis tu. tahun depan kalau lantik gak jadi AJK.. pastu buat kije last minute mmg aku tolak ler... huhu...

sabtu ahad tu tak ke mana... ingat nak bawak imi ngan ana jenjalan tapi imi ngan hubby tak baper nak sihat. tambah2 plak cuaca tak menentu skang nih... sket2 ujan... sket2 ujan... imi plak tido ala2 petang... bangun kul 5.30 gitu... kul baper nak kuar ek...? abis2 pun pakaikan kasut, main sepak2 bola atau lumba lari kat koridor jerk. main puas2 sampai penat baru laa dia nak masuk. malam lepak kat kedai mamak... heheh... kecik2 aku dah ajar gi kedai mamak. bukan nak bawak sangat, at least ada jugak bawak dia jenjalan kuar dari rumah. dah ler 5 hari terperap kat umah bbsitter. ujung minggu mmg kena bawak jenajalan supaya tak busan. so dok kat kedai mamak just lepak2 minum jerk... kalau ada minggu2 yang tak bawak imi ngan ana jalan mesti rasa mcm ralat sket sebab imi akan ulang cakap... nak yalan - means nak jalan. mmg kecewa sket laa kalau tak dapat nak bawak imi ngan ana jenjalan.

back to IP day. rabu malam tu tak dapat nak gi rehearsal sebab imi ngan ana demam. pagi khamis tu aku pun terbangak2 tak tau nak gi mana dan buat apa. pastu dapat arahan kena usher tempat duduk... adehh... lemah lutut aku. yer laa taging yang derang letak tu kecik2 kang tercari2 plak tempat duduk... last2 yang dato' tu aku aware laa jugak tempat duduk nyer... yang tadek nama tu aku letak jerk kat tempat yang bertag reserve. tak per laa tu janji duduk.

Khamis, April 10, 2008

buku2 Q&A

buku2 nih aku beli masa online sale kat MPH. satu buku rm10 jerk harga nyer... okeh jugak laa... buat baca time nak rehat2 sekejap.

Full of hundreds of surprising questions and fascinating answers which can provide teasing quiz questions, settle arguments and assist with school projects. each book consist of six categories :



  • the human body
  • the natural world
  • science & technology
  • earth & space
  • the prehistoric world
  • historical times



  • science & technology
  • the human body
  • the natural world
  • our world
  • history & events
  • general knowledge



  • the human body
  • the natural world
  • science & technology
  • earth & space
  • ancient history
  • modern history

Selasa, April 08, 2008

jom baca lagi

baru2 nak berkecimpung dalam dunia investment so aku ada beli beberapa buku untuk di baca... hehehe... ada ker masa nyer weh...

With 16 priceless lessons that reduce risk through proper planning, this powerhouse guide removes the mystique from successful investing by helping readers switch from thinking poor to thinking rich.












For years, Robert Kiyosaki has firmly believed that the best investment one can ever make is in taking the time to truly understand how one's finances work. Too many people are much more interested in the quick-hitting scheme, or trying to find a short-cut to real wealth. As Kiyosaki has preached over and over again, one has to truly under the process of how money works before one can start out on trying to escape the daily financial Rat Race.

Now, in this latest book in the popular Rich Dad Poor Dad series, Kiyosaki lays out his 5 key principles of Financial Intelligence for all to understand. In SHARPEN YOUR FINANCIAL IQ, Kiyosaki provides real insights on these key steps to wealth:

  • How to increase your money -- how to assess what you're really worth now, what your prospects are, and how to start mapping out your financial future.
  • How to protect your money -- for better or for worse, taxes are a way of life. Kiyosaki shows you that "it's not what you make....it's what you keep."
  • How to budget your money -- everybody wants to live large, but you have to learn how to live within your budget. Kiyosaki shows you how you can.
  • How to leverage your money -- as you build your financial IQ, knowing how to put your money to work for you is a crucial step.
  • How to improve your financial information -- Kiyosaki shows you how to accelerate your wealth as you learn more and more.

This book is aimed at those who want to learn and master the secrets of selling unit trusts effectively. It is often said that most investor want to buy, but do not like to be sold. Hence, it is important for unit trust consultants (new and old) to arm themselves with the necessary knowledge and skills to be able to 'sell' without coming across as 'just another unit trust consultant'.



hope aku akan ada masa laa nak selak2 buku nih... tak kan nak baca kat opis ek... har har har... kena laa baca kat umah tunggu anak2 dah settle down tido nyenyak... huhuhu... insya-Allah.

Ahad, April 06, 2008

tahniah...! anda berjaya

rasa mcm nak sengih2 jerk... hehehe... minggu lepas hari apa yer? lupa plak... dapat result exam pengesahan jawatan. tengok2 aku LULUS... har har har... sekalung tahniah buat diri sendiri. punya laa lama nyer menunggu nak dapat result pasal aku exam masa bulan puasa beberapa hari sebelum balik cuti raya. geng2 patent examiner sumer lulus. budak2 trademark ada yang tak lepas. formaliti patent pun ada gak tak lepas... aku pun tak tau cemana leh lepas tapi alhamdulillah laa.. tak perlu nak ulang belajar dan peksa... nak belajar tu cukup menyeksakan dengan keadaan aku skang nih. mana nak layan anak2... kerja2 rumah... nak harap tunggu hujung minggu baru nak blajar... masa tu gak laa nak kemas2 rumah dan layan anak2.

abis satu bab... ada lagi satu peksa yang aku kena amik... nih suka2 punya peksa.. huhu... peksa jadi ajen unit trust Public Mutual. aku start study pun masa hari khamis ngan jumaat aritu. mmg tak ada masa beb... dengan anak2 demam lagi tu. aku tak baca pun nota2 yang senior bagi tapi pulun baca rumus2 dan buat contoh2 soalan pengiraan. pening gak nak mengira2 nih.... maklum laa selama nih asik membaca jerk... tapi mmg dugaan betul... di saat last minute nih ler NEF demam laa pulak... malam nyer aku tak tido pasal dok layan dia nangis2 laa... berak2 la... panas satu badan lap2 dengan kain basah plak... adehh... gi amik peksa pun kepala berat jerk aku rasa. aku cakap kat NEF... kalau mama lulus peksa nih mmg rezeki anak2 mama laa nih... huhuhu... aku redha jerk laa kalau tak lulus mmg aku pun tak prepare dari awal. lebur laa rm250 yuran peksa... tapi aku tetap bersikap positif laa... kompiden yang kalau tikam pun bleh lulus... keh keh keh...

masa dua jam tu mcm sekejap jerk. sempat tengok jawapan orang lain... aku ternampak skrin orang depan. jawapan dia lain dari aku nyer. cuak gak... mmg aku tak dapat nak kira baper figure untuk soalan tu so bila tengok jawapan orang lain aku pun cuak laa kan. tiba2 skrin tukar jadi kaler kelabu... tulis kat situ exam dah abis... sila klik finish. aku pun klik dengan penuh debaran... dan keputusan nyer ialah... PASS... ahakss... lulus lagi dalam keadaan yang tak bersedia. alhamdulillah.. mmg rezeki anak2 aku. so skang nih aku dah bleh buat side income. aku harap Allah beri kesihatan yang baik untuk aku terus bekerja dan cari duit untuk memenuhi keperluan dan tak lupa jugak kesenangan yang aku ada tu nak dikongsikan dengan orang2 yang kurang bernasib baik... insya-Allah...

apa pun.. aku panjatkan kesyukuran kepada Allah atas dua kejayaan dalam waktu terdekat nih... aku bersyukur sesangat... alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah...

Selasa, April 01, 2008

kenangan silam

kenangan silam masa umur tak sampai setahun lagi rasa nyer... bersama ayahanda tersayang (telah kembali ke rahmatullah pada 24 jan 2006).

gambar masa raya tahun 1998/99 ker aku pun dah tak ingat. bersama adinda muhammad ridzuan (telah kembali ke rahmatullah pada 17 nov 2005).

pesta flora tahun 1999. masa nih tengah kurus lagi... skang nih tengah usaha balik nak dapat figure mcm nih... berat masa tu 50kg kot. skang sudah 60kg... almaklum laa dah beranak pinak ek... sabo jerk laa...

kat epot august 2000 masa nak antar ayang (sikalang sudah jadi hubby) nak balik ke jordan selepas bercuti sebulan kat mesia. 1st time berkenalan dengan ibu ngan ayah. masa nih dah dua tahun kenal ngan ayang ler... PJJ tu... har har har...


bersama mak, abah dan adinda sham di hari bergelar raja sehari 2 julai 2005.


bersama mak, abah, ibu ngan ayah.


posing time... heh heh...

smartkids & babes fair 2008


terlambat update pasal gi smartkids edu fair dengan babes fair 2008. aku siap EL sebab nak gi kids fair nih. menarik dan banyak benda yang aku nak angkat... duit jerk tadek. so aku ada angkat beberapa item utk MKR. esok2 adik dah besar bleh laa kongsi2 main ngan abang... huhuhu...


nih antara item yang sempat di sambar masa kat pameran tu. knob puzzle tu aku amik yang haiwan tu... pastu nyesal plak tak beli ketiga2 jenis tu pasal MKR suka sangat main benda tu. at least variety laa kan... tadek laa sepapan jerk yang dia main dan harga dia pun rm10 jer sepapan. pastu harmonika dengan xylophone tu saja jerk nak tengok dia interested kat muzik ker tidak (view multiple intelligences). yang ABC tu aku angkat huruf I, M, A, & N jerk pasal nak eja IMI dgn ANA. sekeping rm1.90... kalau nak siap eja Muhammad Kamal Rahimi dengan Nur Ezzatul Farhana mmg pensan sket nak membayar nyer... huhuhu...
dan dinding umah pun dah macam kindergarten sebab nak cover bahagian yang diconteng oleh anakanda MKR dengan pen dan pensel... huhu...


kat tengah2 tu mmg kosong sebab nak letak poster2 yang aku dah beli... mcm2 laa poster nyer... haiwan laa.. sayur & buah laa... bendera laa.. dan banyak lagi. so nanti seminggu @ 2 minggu sekali tukar2 laa kan... takmo laa letak poster yang sama. ingat nak letak videoo MKR main knob puzzle tu tapi asik loading jerk... lama giler... huhh..