Halaman

Rabu, Ogos 06, 2008

charity @ kebajikan

ada dua ungkapan yang amat terkesan dalam hati.

"Erti hidup pada memberi" oleh Abu Saif & "Kehidupan ringkas tapi signifikan" oleh Prof. MKI

jika diizinkan Allah, rasa nyer terlalu ingin berkongsi sedikit senang dengan insan malang.
usaha murni beberapa orang rakan cyber spt mamafiza dan sis anamiraa harus dicontohi. tak lupa juga Prof. MKI yang mana separuh daripada royalti hasil nukilannya Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman akan dihadiahkan kepada sekolah yang pernah mendidiknya di terengganu (terlupa nama sekolahnya). idola lain ialah tan sri mokhtar bukhari yang mana istiqamah dalam bersedekah.

niat dihati tu mmg nak mencontohi tan sri... hehehe... mmg besar harapan nyer... tapi apa yang aku ada? hutang keliling pinggang ada lah :) kalau boleh aku nak jadikan Rumah Titian Kasih sebagai rumah angkat. rasa nyer belanja RTK mencecah rm10K atau lebih sebulan. setelah di fikir masak2 aku ingat jalan yang ada ialah dengan mempergiatkan usaha mencari pelabur2 unit amanah supaya separuh duit komisyen yang masuk dalam akaun aku tu dapat dipergunakan untuk keperluan RTK ini. kat mana nak mula yer? ermm... aku harap ada kawan2 yang sudi melabur atau setidak2nya memberi tahu rakan2 lain supaya misi ini tercapai.

apa plan?
mula2 aku nak cukupkan dulu belanja bulanan RTK. let say rm15K.
kalau ada komisyen lebih, bleh bagi kat orang lain yang memerlukan, atau budak2 yang terpaksa tinggalkan alam persekolahan sebab tak ada duit supaya menyambung kembali persekolahan, atau untuk budak2 yang masuk U tapi tak cukup belanja (kes2 mak bapak bukan kaya raya)... dan kes2 lain laa... ini jugak perlukan sokongan kawan2 jugak laa... kalau ada orang2 susah ker bleh laa info. tapi buat masa nih itu laa yang ada dalam perancangan. for the start aku mesti cari pelabur untuk Public Mutual Unit Trust.

berapa banyak boleh dapat?
masa aku nak gerak jadi agent unit trust, selain daripada masalah takut rugi kalau market jatuh, perkara lain yang orang suka tanya ialah berapa komisyen yang aku bleh dapat. aku nih jujur sket dengan niat berkongsi... kalau kadar svc charge yang dikenakan untuk skim EPF 3%, komisyen untuk aku ialah 2%. so kalau rm1000 duit nyer, aku cuma dapat rm20. kadang2 ada yang siap kira depan aku... kalau sorang ko dapat rm20, kalau 10 orang dah jadi rm200... huhh... kaya laa ko... (aminnn) end of the story, tak per lah... aku tak minat laa... cisss... tak membantu langsung. agak nyer derang tak nampak sebenarnya mmg aku layak dapat komisyen banyak tu.

banyak ker rm20? sebenarnya tak banyak pun kalau nak dibandingkan dengan pulangan 42.2% setahun (Public Islamic Equity Fund - 2004) atau pulangan 51.1% setahun (Public Islamic Opportunities Fund - 2006). keuntungan yang pelabur dapat lebih banyak daripada 3% yang dipotong untuk svc charge. itu pun orang masih tak nampak lagi. asik laa dok berkira2 duit rm20 yang masuk dalam akaun aku tu jerk. mmg ada agent unit trust nih untung juta2... hanya dengan menjadi agent sahaja. u deserve it... yer laa u yang buat kerja dan komisyen tu mmg untuk orang yang bekerja keras laa kan...

dan bila aku dah berniat nak ada rumah angkat mcm nih... mmg laa komisyen yang aku dapat tu tak banyak mana pun. aku amik separuh jerk untuk kegunaan sendiri dan separuh lagi untuk memberi sedikit senang kepada yang memerlukan. aku tak leh nak bagi 100% kat RTK sebab aku pun ada anak2 mesti laa nak bentuk masa depan anak2 guna duit jugak. dan buat masa ini aku perlukan duit untuk membayar hutang piutang... huhuhu... tak nak jugak jadi kera di hutan disusukan... anak dirumah mati kelaparan.... uhukss... sadis...

misi ini secara tidak langsung boleh membantu rumah2 anak yatim dan membela nasib masyarakat secara am nyer. dan secara tidak langsung seboleh2nya aku nak menyumbang dalam menangani masalah kemiskinan dalam negara kita dan seterus nyer jenayah meragut merampok tu sumer setidak2 nyer dapat laa dikurangkan. insya-Allah... so to anybody yang rasa terpanggil untuk buat pelaburan unit amanah (unit trust) bleh hubungi saya di no tepon 0126047427 atau 0127640760. atau email di b_bianca@yahoo.com. disamping melabur kita menderma. saya tolong awak... awak tolong saya.

sekian. terima kasih.

*******************************************************************

Rumah Titian Kasih (Pusat Jagaan Anak Ibu Tunggal & Anak Yatim)
62A-2, Lorong Maran
di Jalan Kuantan
Tasik Titiwangsa
53200 Kuala Lumpur
Contact person
Kak Pah (Penyelia Rumah Titian Kasih) at 019-6455769
or En. Othman Ahmad (Pengarah Program) at
016-6699942/017-3839994.

6 ulasan:

epelijau berkata...

aku doakan kau berjaya :) insyaAllah...

arina berkata...

pau,
akak takde buat apebenda pun. maybe some awareness raising je kot. tak kisahlah pau rm20 ke atau 20 sen pun.

kalau dikumpul2 banyak jugak.

actually bila kita rasa sempit tu lah lagi kita kena sedekah banyak2. (doesn't matter rm20 atau rm2). bagus kalau dapat jadi amalan. allah akan angkat beban kita.

insyaallah. have faith in all the good deed that you do.

chilun @ cik pau @ bibimie berkata...

mekasih am. semoga ko pun berjaya dalam apa jua bidang. aminn...

mekasih gak sis ana. nih pun kira awareness raising gak. kalau nak tengok pun ramai orang susah kiri kanan kita tak bleh gak tuding jari kat jabatan kebajikan masyarakat semata2. individu pun kena ada inisiatif gak. tu laa guna nyer sharing... sikit2 jadi banyak.

timakasih doakan kita :)

CT berkata...

semoga cikpau berjaya ek...kesedaran nak wat charity ni penting....kalo kite x tolong org..nanti sapa nak tolong kite plak kan..

yus berkata...

yee..sedekah jee berapa yg kita ada...yg penting ianya dtg dari hati yg ikhlas

CT berkata...

I got an award for ya...p la tgk kat blog aku