Halaman

Khamis, Ogos 06, 2009

lagu pantun budi

Pantun Budi oleh Tan Sri Dato' SM Salim

Kalau menebang Kalau menebang si pohon jati
Papan di Jawa, aduhai sayang Papan di Jawa dibelah-belah
Kalaulah hidup Kalaulah hidup tidak berbudi
Umpama pokok, aduhai sayang Umpama pokok tidak berbuah

Bunga selasih Bunga selasih si bunga padi
Buat hiasan, aduhai sayang Buat hiasan di dalam taman
Pertama kasih Pertama kasih kedua budi
Yang mana satu, aduhai sayang Yang mana satu nak diturutkan

Datuk laksamana Datuk laksamana ke Bangkahulu
Belayar kapal, aduhai sayang Belayar kapal membawa garam
Bagailah mana Bagailah mana kapal nak lalu
Kuala sudah, aduhai sayang Kuala sudah dilimbung karam

Bungalah padi Bunga padi bunga kiambang
Buat hiasan, aduhai sayang Buat hiasan di taman bunga
Buahlah hati buahlah hati Kekasih orang
Hamba menumpang, aduhai sayang Hamba menumpang gembira saja
***
pagi tadi dalam bas berkumandang lagu nih masa dah dekat nak sampai ke kl. aku mmg suka lagu nih... tetiba rasa mcm tergedik2 nak ajar anak2 aku joget zapin. maklum laa anak aku kan sepasang so kira dah der partner laa... hahaha...
lately anak2 suka nyanyi lagu kekanak. agaknyer mmg cikgu ada ajar masa kat taska. adik plak pandai pilih lagu. ada lagu tertentu jerk yang dia suka. abang plak suka bangau oh bangau... tapi aku letih nak nyanyi dari bangau sampai ke ulau tu... panjang sangat semput rasa nyer.
ohh... abang skang dah pandai demand. dia dah takmo skolah kat taska tu lagi. dia kata nak skolah yang ada taman mainan (kat deret2 rumah teres area kajang mewah tu). kat situ sekolahnya semua kat corner lot... tu yang ada taman mainan tu. aku plak mmg nak masukkan dia kelas tahun depan. kalau tak ada kelas untuk budak umur 4 tahun kat taska yang skang nih mmg kena pergi tempat lain laa kot. apa yang penting skang abang bleh grad potty training. selain jimat cost beli pampers, aku nak dia pandai berdikari mengurus diri. err... tapi bab2 bercebok tu kena pantau sket laa... lagi satu time dia nak berak akan mintak pampers jugak... takut jatuh dalam lubang tandas katanya... huhuhu...

2 ulasan:

misah berkata...

chilun, ko beli la kat anak ko potty kat jamban tu sure tak jatuh dlm lubang jamban.

chilun @ cik pau @ bibimie berkata...

tu laa ingat nak beli jugak... either yang mcm mangkuk tu atau yang tempek kat toilet bowl tu.