Halaman

Selasa, April 28, 2009

alhamdulillah


ada dua-tiga perkara yang aku nak update. sepanjang minggu yang lepas bz sket pasal jadi AJK seminar utk hari harta intelek pada hari Jumaat (24 april). Alhamdulillah, Hari Harta Intelek Negara 2009 telah berlangsung dengan jayanya di Kuala Lumpur Convention Center dari 22 April hingga 26 April. seminar yang aku bertugas tu sehari jerk.... penat pasal banyak ronda2 kat ekspo. duit tak ada so tengok2 jerk laa... aku angkat ikan sepat pekasam dua bungkus... okeh laa tu dah lama tak pekena ek... huhu...


kesyukuran yang kedua ialah aku dah lulus exam Takaful Asas untuk melayakkan diri menjadi agen takaful... ahakss... Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. aku ingat failed dah paper tu sebab masa buat tu kepala senoneng tak cukup tidur nak buat revision nyer pasal. manakan tidak, pagi dan petang semalamnya exam PCEA and CILLI. esoknya exam takaful... tak banyak masa utk buat revision. dah ler time nak start tu laa perut memulas2. tu yang buat paper terkejar2 sket. oleh kerana lom solat zohor, aku buat sepintas lalu jerk laa... tawakal jerk laa kepala pun dah pening nak go thru one more time. kang ada tertukar jawapan dari betul kepada salah... harus aku failed.

kesyukuran yang ketiga ialah hubby diterima bekerja jadi budak maintenance apartment yang aku tinggal skang nih. walaupun gaji kecik, lebih baik ada daripada tadek langsung. lepas jugak laa duit nursery budak berdua tu. kesian derang baru kenal kawan2 dan dah mula pandai blajar terpaksa dok umah. hope lepas nih ekonomi kuarga semakin pulih memandangkan aku pun dah ada lesen untuk menjual insurans nih cuma aku sedar cabaran sangat hebat. dari pengalaman kawan2 di Irhas Global, tak mudah nak close case tapi kena percaya kalau Allah kata itu rezeki kita, insya-Allah boleh. aku kena banyak belajar cemana nak yakinkan orang agar sign up dengan aku. skill tu mesti ada beb. dan yang penting ikhlas menjaga kebajikan client. aku rasa masa depan Takaful PruBSN nih cerah sket pasal sales 2008, Takaful PruBSN di tangga pertama dan diikuti oleh Etiqa takaful. semoga Allah perkenankan doa dan permudahkan aku dalam setiap urusan. aminnn..

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

4 ulasan:

Yan berkata...

congratulations cik Pau :)

semoga rezeki dari yang Maha Esa terus melimpah ruah hendaknya.. amiin..

Mama Adib berkata...

tahniah

slamat maju jaya
chaiyok cahiyok!!

misah berkata...

tahniah chilun. selamat maju jaya.

chilun @ cik pau @ bibimie berkata...

tq mommies... amin...