Halaman

Jumaat, April 17, 2009

pitam



aku pitam dalam komuter (di pagi 15/04/09) masa nak pergi kerja. mula2 dok elok membaca. of course berdiri walaupun naik komuter seawal 6.45 pagi. elok aku tutup buku terasa mcm kebas2 kaki tangan. pandangan pun dah mcm senja kat dalam komuter tu... dalam ati sempat gak berkata2 tak kan nak terkena pitam plak kot.. (tak pernah kena pitam nih). siap sempat fikir plak tu... kalau tau baik nek bas bleh duduk. kalau pitam pun dah mmg duduk... hehehe...

ntah mcm mana antara sedar dan tidak serasa ada orang dah papah aku mintak laluan suh bagi seat. terpaksa laa sorang makcik tu bgn utk bagi aku duduk. aku tak leh bukak mata tapi telinga dengar. beberapa minit lepas tu baru bleh bukak mata. yang berdekatan sumer stare kat aku.

yang menolong aku tadi tu tanya laa.. nak turun mana... aku cakap turun kl. kl sentral ker? aku kata tak... kl. dia pun tengok aku mcm dah okeh... tapi serius aku rasa kepala tu mcm pusing2. nasib baik sedar jugak laa... dibuatnyer lama tak sedar diri tak sampai ke destinasi plak. masa dah sedar tu komuter berhenti di stesen seputeh so masih ada 2-3 stesen lagi nak sampai. aku perasan ada peluh sejuk merenik kat dahi. aku tanya minah tu aku terjatuh ker? dia kata tak cuma pitam jerk. agaknyer dia tengok aku berdiri tak balance kot. aku dah tak sedar diri dah masa tu.

sampai ofis, aku breakfast mcm biasa. kepala still rasa miung2 lagi. dada rasa berdebar2. nak jalan sensorang pun tak berani. lunch pun dengan 2-3 orang kawan... apa2 hal kalau tumbang lagi senang ada orang... keh keh keh... pastu kengkawan suh gi klinik kot laa apa2 ker kan. awak berdua... kalau awak pitam sorang tak per laa.. katanyer. aku pun ikut ler.

masa aku gi klinik tu kul 2.30 petang lepas lunch. doktor bagi time off kul 3 sampai kul 5 dia suh balik suh aku rest. pastu dapat MC lagi esok nyer tu.. betul2 suh aku rest... ahakss... kalau aku gi klinik pagi tadi lagi dah dua har mc. ngam sket... takpo lah tu... balik ofis kemas2 beg terus balik jerk. surat mc dengan time off aku kepil kat punch card n sempat kejar komuter jam 3.04 ptg.

rasanya pitam aritu sebab dinner makan sikit, bgn tak breakfast n orang ramai sangat jadi oksigen tak cukup. lepas nih aku ingat nak pergi nek bas jerk. balik nek komuter. tapi kalau bangun lambat n kuar umah selepas kul 7 tu sah2 kena nek komuter. kalau nek bas tak sampai on time plak sbb jalan jem. hope lepas nih tadek laa terjadi lagi. aminn...

3 ulasan:

mimielola berkata...

NAsib baik ada org yg memerhati... Tau pulak dia camane org pitam, ya?

IbuKauthar@Salwa berkata...

kak pau harap akak sihat ya
take care ye kak

nelcyndana berkata...

stress ke bibimie...? besar betul dugaan. allah tak duga seseorang unless hambaNya tu mampu menanganinya kan. cik bibimie memang cekal orangnya. i pray the best for ur family. amin. tk a very gud care of urself.