Halaman

Rabu, Mac 23, 2011

beriman berilmu beramal

tajuk entry kali nih dah mcm kuliah tanyalah ustad versi tanyalah ustazah... hehehe... baru jerk join KIM (kumpulan ibu menyusukan) beberapa hari lepas dan ada satu topik hot bangat semalam. sejak berkecimpung dalam dunia supplement nih rasa bersyukur sangat sebab bleh tolong ramai mommies and frens yang memerlukan. ikhlas dan gembira sebab customer dapat manfaat dari bahan yang terbaik... dan murah. apa pun, manusia nih luar nampak molek tapi dalam hati kita tak tau. depan kita baik jerk... belakang kita cerita lain plak... aa... manusia kalau kurang imannya mmg laa tak boleh tengok orang senang. so ari nih kita amik iktibar laa dengan apa yang kecoh di kim semalam. top post tapi dah di delete oleh moderator. saya ambil dari blog iffa.


Dari KIM (22/03/2011)

Noor Hasyimah Binti Idris
baru syim tau ..rupanya yang trial pack shaklee yang buh dalam plastik tu sebenarnya tak boleh rupanya.. sebab kata pakar pemakanan (one of master in shaklee) supplement perlu dihidang macam kita makan ... tak boleh di pack kan sekali lagi once dah bukak dr botol tak boleh dijual balik utk masuk dalam plastik.. concept tu salah kata nya... sebab shaklee product bukan ubat tp supplement... (makanan tambahan) . lagi satu kata dia lagi yang set trial breastfeeding tu kata nya... tak de pun kalsium macam mana boleh consider sebagai breastfeeding sebab katanya ibu yang menyusu kena amik kalsium setiap hari sebab baru susu okey-syim tetiba jadi bengong sekejap- sebab syim pernah beli untung mak cik syim yang trial set tu... so klu nak amik supplement tak kira la supplement apa pun utk ibu ibu yang menyusukan asalkan supplement tu mmg ada kandungan yang diperlukan oleh badan kita.. biar terlebih tp jgn terkurang .. sebab kata pakar pemakanan tu lagi klu terlebih amik pun tak per namanya pun dah supplement -makanan tambahan klu lebih dia leh produce dalam badan dan keluarkan semula secara semula jadi..klu kurang tu yang masalahnya sebab kita tak pernah tampong yang kurang tu sebab tu ada setengah ibu ibu yang amalkan supplement set breastfeeding tu ada yang kata tak byk susu jugak sebab ibu ibu tak buat pemeriksaan dan tak tau apa yang kurang dalam badan kita... sorry erk syim sekadar berkongsi apa yang syim tau jer sebab ada gak terbaca ada amik shaklee tp tak berkesan.. tu yang heran tu...
(ewah aku ni ..kang ada pulak yang memarah aku ni... sorry erk takut gak ni- kang ada pandang -ve kat syim-syim sekadar berkongsi info jer erk kalau syim salah tolong betoikan...
5 hours ago · Like · · Unsubscribe

Hana Maria, Ida Khairani Ahmad, Cery MamaFaiz and 6 others like this.

Iffa Anuar
‎Noor Hasyimah Binti Idris: Syim, car sticker dah dapat!! TQ, Wah siap ada phamplet Shaklee lagi dalam tu, Syim pun dah jadi dealer eik, sbb ada number Syim dalam phamplet tu.. Hari tu rasa Syim cam ade Post Syim amek Usana juge.. wah bany...See More
3 hours ago · Like

Rafiza UmmuFatimah eh, syim byk nya try, camana syim tau berkesan ke tidak..? setahu sy kena try satu2 dlm satu masa tertentu, br nampak kesan..tapi kalau badan syim boleh terima, terpulangla..
3 hours ago · Like

Fauziah Chilun syim - syim pun tunggu gak comment dr shaklee dealer ni takut gak ni sebab syim dah pernah beli bf set (trial pack) utk makcik. Iffa - Syim, car sticker dah dapat!! TQ. Wah siap ada pamphlet Shaklee lagi dalam tu, Syim pun dah jadi dealer eik, sbb ada number Syim dalam pamhplet tu.. Hari tu rasa Syim cam ade Post Syim amek Usana juge.. --> say anak tanya syim naper yer cakap berbalik2? kejap ada order... kejap jadi dealer? mcm ada hidden agenda jerk... :) boleh syim tolong jelaskan?
2 hours ago · Unlike · 1 person

Nampak tu? saya rasa dia saja nak provoke buat isu2 panas supaya dia lebih dikenali di KIM. pengasas GBS iaitu anne telah menjawab dan malangnya posting itu juga telah di delete kerana moderator kurang senang dengan kehadiran puak2 supplement. kita ikuti kupasan anne.


Nnorita Ibu AddinNasa

Terlebih dahulu, saya nak ucapkan terima kasih kepada yang menulis isu ini.
Sepuluh tahun saya dalam bidang pemakanan. Saya merawat migraine teruk saya dengan vitamin. Saya merawat kudis dan luka akibat allergic melalui vitamin dan saya merawat jerawat saya juga dengan menjaga pemakanan. So saya akan advise mereka yang nak makan vitamin melalui buku yang saya baca dan bukan untuk keuntungan semata-mata. Saya menjadikan vitamin (makanan ) sebagai ubat saya dan bukan bergantung dengan ubat (drugs) sebagai makanan saya.

So saya akan kupas secara ringkas komen yang saya pecahkan kepada 3 ini:

1.
tak boleh di pack kan sekali lagi once dah bukak dr botol tak boleh dijual balik utk masuk dalam plastik.. concept tu salah kata nya... sebab shaklee product bukan ubat tp supplement

Ada ramai doc dalam Shaklee yang buka klinik sendiri...mereka juga jual loose pack pada patient mengikut kemampuan patient sendiri. Even contoh paling senang seorang Master Shaklee yang juga doctor iaitu Master Phang..... beliau mulakan Shaklee dengan trial pack supaya lebih ramai mencuba dan mampu mencuba. Hanya dengan trial pack ramai yang boleh cuba. Banyak farmasi Cina yang saya jumpa jual B com brand Shaklee.

2.
lagi satu kata dia lagi yang set trial breastfeeding tu kata nya... tak de pun kalsium macam mana boleh consider sebagai breastfeeding sebab katanya ibu yang menyusu kena amik kalsium

Sebab tu sebelum cakap kena ada ilmu , dalam Alfalfa ada kandungan kalsium....kalau nak kalsium yang lebih mencukupi ikut keperluan, amik set E. Memang sah2 wujud set ini dari GBS (Geng Biz Shaklee)....so ikut budget customer...kalau dia mampu bayar sikit, maka kuantiti kalsium yang dia dapat hanya pada Alfalfa. Ada sesetengah ibu memang amik cukup kalsium dari banyak sumber termasuk susu....so memadai dengan kandungan yang ada dalam alfalfa.

3. biar terlebih tp jgn terkurang .. sebab kata pakar pemakanan tu lagi klu terlebih amik pun tak per namanya pun dah supplement -makanan tambahan klu lebih dia leh produce dalam badan dan keluarkan semula secara semula jadi..klu kurang tu yang masalahnya sebab kita tak pernah tampong yang kurang tu

Bukan semua vitamin kita boleh amik banyak....so statement ni sangat TIDAK BETUL! Kadang-kadang ini adalah INI ADALAH MARKETING STRATEGY ...sbb bila kena makan mcm vitamin C 2 atau 3 biji sehari....maka sah2 la lagi 2 bulan depan dah kena beli lagi kan? Walhal kita suggest makan ikut botol dan makan double atau triple masa tak sihat. Even B complex makan lebih bila kita terlalu penat atau stress, but normal intake still 1 a day. Vitamin E, Beta carotene boleh menghasilkan toksik dalam dalam apabila berlebihan..

Last but not least : petikan kata kawan saya ,
Ikhlas tanpa menindas mana2 pihak, Allah akan lapangkan lebih lagi rezeki buat kita..Sekiranya kita menabur pasir diperiuk nasi orang, suatu hari pasir itu akan kembali kepada periuk nasi kita sendiri......buat yang berniaga, pastikan perniagaan anda TIDAK MENJATUHKAN ORANG LAIN kerana hasil itulah yang akan jadi darah daging anak kita melalui susuibu dan hasil beli makanan dari duit tadi. Saya belajar dari peniaga yang meniaga dengan menjatuhkan orang lain, kesian, ada anak hisap ganja, kena tangkap polis....NAUZUBILLAH. saya harap ALLAH jauhkan kita dan anak kita dari semua ini.
35 minutes ago · Unlike · · Unsubscribe

perniagaan melayu mmg selalu begini. suka pijak memijak. nak menolong jauh sekali. kalau betul2 beriman, kita tentu tahu rezeki kita Allah dah tulis siap2 sejak dari kita lahir. tak perlu nak potong jalan orang. itu dengki namanyer. orang yang berilmu mesti tau dan maklum produk apa yang diniagakan dan macam mana nak kembangkan perniagaan. orang yang beriman dan berilmu pasti akan mengamalkan sifat2 baik yang disenangi para pelanggan. tak perlu nak runtuhkan biz orang lain. percaya rezeki kita ada cuma bahagian masing2 tak sama. hari ini awak potong jalan saya... di masa lain... kalau bukan saya, orang lain pun akan buat benda yang sama pada awak. nasihat saya, berilah supplement pada "hati", kat situ terletaknya jujur dan ikhlas. kalau "hati sakit".. seluruh kehidupan akan jadi rosak. kalau hati bersih dan sihat, Allah senang memandang kita.... mintak apa pun boleh dapat kerana Allah adalah sebaik2 tempat untuk meminta2.

Pesan Prof Dr Muhaya dalam rancangan Bicara Mata Ke Hati:
"Setiap apa yang kita buat dalam dunia ini haruslah dengan ilmu, Makan dengan Ilmu, Bercakap dengan Ilmu, Beribadah dengan Ilmu..."

Tiada ulasan: