*credit to mommy lyna.
Susu ibu manusia kepada anak manusia adalah susu yang paling tinggi kualiti di dunia (sepertimana susu dugong untuk anak dugong, susu kucing untuk anak kucing, susu harimau untuk anak harimau). Ajaibnya susu ibu, walaupun si ibu mengalami kekurangan zat makanan, susu yang dihasilkan tetap yang terbaik dan tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana susu yang ada di dunia ini.
Walau sebagus manapun susu formula yang dicanangkan di media, susu ibu mempunyai komposisi yang lengkap, lebih dari apa yang ada dalam susu formula. Malah, susu ibu adalah ‘personalized’, ia mengikut keperluan bayi kepada ibu tersebut.
Susu berkualiti vs. penyusuan berkualiti?
Susu ibu = TINGGI KUALITI. Meskipun ibu menghidap AIDS, di negara2 dunia ketiga, ibu-ibu yang dijangkiti virus HIV tetap digalakkan menyusukan anak, kerana pemberian susu lain lebih berbahaya kepada bayi mereka.
Kualiti susu ibu memang tak boleh disangkal oleh sesiapa. Tapi bagaimana dengan penyusuan berkualiti?
Penyusuan berkualiti menentukan keberkesanan dalam satu-satu proses penyusuan ibu dari kala bayi dilahirkan hinggalah putus susu. Penyusuan berkualiti adalah tatacara penyusuan yang mengikut lunas2 penyusuan ibu yang sebenarnya.
Apakah konsep penyusuan susu ibu? Antaranya ialah :
*Penghasilan susuibu berkadar langsung dengan permintaan melalui kekerapan penyusuan. Semakin banyak bayi menyusu/ibu mengepam, semakin banyak susu ibu dihasilkan
*Kerap mengosongkan payudara, memberi stimulasi kepada kilang susu untuk memproses lebih banyak susu
*Memberi bayi menghisap di payudara seawal 30 minit kelahiran (ramai ibu terlepas momen ini kerana menganggap mereka tiada susu – tanggapan yang salah. hisapan bayi itulah yang menggalakkan pengeluaran susu)
*Makanan penggalak susu, pengurutan, segala macam jenis tips membanyakkan susu tidak bermakna sekiranya ibu mengabaikan hal2 menyusukan bayi/pam dengan kerap
*Susu ibu yang diperah bukanlah ukuran jumlah susu yang dihasilkan
Penyusuan berkualiti juga adalah satu aktiviti sihat, yang menjaga kesihatan & kebajikan semua pihak – bayi, ibu, bapa & seluruh keluarga serta masyarakat. Seorang ibu menyusu:
*Hendaklah sentiasa dalam keadaan sihat
*Sentiasa dalam keadaan tenang, tidak stress, relax
*Tidak mengeruhkan hubungan dengan sesiapa hanya kerana dia menyusu badan
*Tetap aktif dan cergas
*Tidak mengalami sebarang masalah kerana penyusuan
*Mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang
*Menikmati kehidupan berumahtangga yang lebih baik dengan kehadiran cahaya mata
*Lebih tabah menghadapi cabaran
*Tetap cantik!
Namun, ramai ibu menyusu yang mengadu letih, lesu, serabai, stress, dan sebagainya. Kenapa ini biasa berlaku? Dari pemerhatian saya:
*Ibu tidak menjaga pemakanan. Makan ikut sempat dan ikut sedap saja.
*Ibu tidak menjaga waktu rehat. Jaga bayi memang susah nak rehat, tapi waktu2 terluang tak digunakan dengan baik.
*Ibu kerap merungut dan mengeluh kerana penat menjaga bayi.
*Ibu hanya suka makan makanan untuk memperbanyakkan susu daripada makanan seimbang.
*Ibu hanya fokus kepada anak dan penyusuan, hingga melupakan kebajikan diri sendiri.
Ada yang berpendapat “Biarlah ibu susah, biarlah badan ibu sakit, biarlah rambut ibu gugur, biarlah gigi ibu goyang, asalkan anak mendapat yang terbaik”. Adakah itu satu tindakan yang bagus? Saya rasa tidak:
*Ibu masih mempunyai suami, seorang isteri hendaklah sentiasa kelihatan cantik dan sihat untuk melayan suami.
*Ibu bakal mempunyai ramai lagi anak untuk disusukan. Kalau dah full swing untuk anak yang ini, adik-adiknya nanti entah macamana la rupa ibunya.
*Ibu perlu menguruskan hal rumahtangga. Kalau ibu dah keletihan, siapa nak uruskan hal2 lain?
Kerana itulah kami menyarankan ibu-ibu menyusu mengambil set breastfeeding Shaklee sebagai penyokong kepada penyusuan berkualiti. Sebab bukan seperti pil2 penambah susu/milk booster/membantu penyusuan yang lain, set breastfeeding Shaklee mengandungi 3 VITAMIN & MINERAL ASAS dan 1 MILK BOOSTER. Tak lain tak bukan ialah untuk memberikan ibu khasiat sepenuhnya, agar ibu:
*Bebas dari stress *Sentiasa bertenaga *Sentiasa sihat wal afiat
*Tidak mengalami masalah keguguran rambut, gigi tanggal, kulit kusam, muka pucat, dan sebagainya
*Sentiasa aktif, cergas dan cerdas
*Lebih berkeyakinan untuk terus menyusukan anak
*Menikmati kehidupan yang lebih baik dan rehat yang berkualiti
*Senang tidur
*Lebih mudah menyelesaikan masalah
Bukankah dunia penyusuan lebih indah bila semua pihak mendapat manfaat darinya.
saya sangat bersetuju dengan luahan mommy lyna. hanya orang yang benar2 menyusukan sahaja yang tahu pengalaman pahit getir dalam memastikan proses penyusuan berjalan lancar. hari ini saya rasa teruja kerana menerima email dari seorang pengguna dari Ipoh yang telah membeli full set breastfeeding shaklee serta vitamin E. beliau sangat gembira kerana dapat berikan yang terbaik untuk bayinya... jom baca apa kata pengguna...
maj mula2 mkn shaklee mcm lambat sket kesannye..tapi sabar je dulu ....segan gak nak tnya fauziah ape2..tapi byk baca kat blog awak je la..hehehe...situ byk tulis info...lepas sebulan baru nampak kesannye....susu dah mula byk..n meleleh2 bila mlm..dulu tak pun..hehe..tapi yg maj perasan kan...maj dah tak sembelitt..hari2 mbuang....dulu punya la susah..tak taula kesan shaklee ke ape...
cik abg tu makan vit E n C..alhamdullilah kulit dia nampak ok tau...hehehe..mula2 tu maj try makan vit E gak...tapi maj sampai demam..vit E tu cam panas sket ke yer?sakit tekak lagi..hehe..so skrg cik abg je la yg makan vit E tu...kulit dia nampak cerah sket...n kurang bersin pagi2..sbb dia resdung...pe pun terima kasih yer...nanti leh beli lagi...hehehe...take care...
alhamdulillah... syukur rasanya dapat bantu ibu2 yang betul2 komited dalam penyusuan. semoga majdiah berjaya menyusukan hingga usia 2 tahun. saya kongsikan doa yang pernah seorang ibu kongsikan... dari ibu ke ibu..
"Bismillah hirrahman nirrahim. Ya Allah , Kau ampunkanlah dosa-dosa ibu yang menyusukan anaknya. Permudahkanlah perjalanan penyusuan mereka sebagaimana Kau permudahkan urusan penyusuanku dahulu. Kuatkan semangat mereka dan jangan Kau biarkan mereka dalam kesedihan. Gembirakanlah mereka dengan rahmatMu dan semoga aku tergolong dalam mereka yang didoakan. Ameen."
untuk anda yang ingin mencuba trial pack shaklee bolehlah membuat pesanan secara online atau emailkan kepada bibimie@gmail.com atau sms/call 0127640760. anda juga boleh membeli produk shaklee dengan harga ahli menggunakan ID 846053 di mana2 cawangan shaklee. pembelian full pack yang bernilai RM200 layak untuk menyertai promosi durian runtuh... Jom rebut peluang ini... kekal sihat, riang dan hebat dengan shaklee.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan