Halaman

Selasa, Mac 01, 2011

istimewanya basic H

beberapa hari lalu dah share tentang 3 barang yang perlu ada kat rumah dan salah satunya ialah basic H. mmg ada orang order sebelum nih tapi tak tau apa fungsinya... so.. apa ada dengan basic H? oleh kerana basic H nih dengarnya mcm cecair ajaib, jom kita tengok apa kata pengguna, yang saya petik dari blog anne.
Seperti yang kalian sedia maklum, ibu bukanlah seorang doktor , pakar kanak2, pakar laktasi apatah lagi pakar pemakanan. Apa yang ibu coretkan adalah berlandaskan pengalaman dan pembacaan dari pelbagai sumber yang tiada hadnya. Apa yang ibu maksudkan dengan sumber yang tiada had? Ini kerana terdapat segelintir manusia yang terlalu sceptical tentang supplement sehingga mengandaikan vitamin ini tidak ubah seperti ubat, walhal ia adalah dua perkara yang berbeza. Ianya berlaku apabila pembacaan adalah terhad kepada yang negatif semata-mata.

Demam... kita sedia maklum sebagai ibu apabila anak kita didapati tanda-tanda seperti
-kurang berselera makan dan minum
-badan dan pergerakan si anak menjadi seperti kurang bermaya
-susah bernafas atau nafas menjadi terlalu laju
-keluar tanda- ruam akibat panas
-muntah dan cirit birit
-kurang selesa example: banyak menangis atau merengek

Apa yang ibu tahu mengikut kefahaman bacaan ibu ialah demam panas terjadi akibat dari haba yang dihasilkan oleh badan sepanjang antibodi badan melawan bakteria yang menyerang di dalam tubuh badan manusia.

Bagaimana ibu merawat anak2 ibu sepanjang mereka mempunyai tanda2 berikut:

Semasa Addin dan Nasa berusia antara 0-12 bulan
-Melalui penyusuan sahaja ibu merawat kalian, atas keyakinan susuibu adalah penawar terbaik. Apa yang ibu lakukan sepanjang kalian ini mempunyai tanda2 seperti dia atas, ibu akan pastikan ibu mengambil vitamin A ( Carotomax, was known as Beta Carotene) , vitamin E dan Vitamin C serta Zinc sebanyak dua kali sehari. Mengapa ibu mengambil vitamin yang banyak? Ini kerana ibu mahu pastikan susu ibu mempunyai cukup vitamin untuk tubuh badan kalian melawan bakteria agar panas atau demam tidak melarat. Selain itu ibu pastikan badan kalian sentiasa di nap dengan Basic H, ini pun autie Sarimah yang bagi tahu Basic H Shaklee mampu menyerap panas badan anak sebanyak 3 kali ganda dari air biasa. Alhamdulillah ia memang berkesan. Selain itu ibu kerapkan mandikan kalian agar badan tidak mudah kering akibat kehilangan air.

Pasti ada yang ingin tahu, adakah pengambilan berganda ini membahayakan kesihatan? Jawapannya TIDAK jika badan mendapat cukup air serta ini boleh diambil oleh ibu yang menyusukan anak kerana zat yang diperolehi dari makanan akan dibahagikan kepada si ibu dan si anak.

Selepas Addin dan Nasa berusia 13 bulan@ 1 tahun dan sehingga sekarang
Ibu pastikan kalian banyak minum susu atau air (apa sahaja air yang membuatkan kalian berminat untuk minum kecuali air berkarbonat, air teh dan air kopi). Ibu juga memberi kalian sedikit serbuk Performance drink ( hanya sesudu teh atau setengah sudu teh dibancuh dengan satu cawan atau mug kecil air masak). Ibu kerapkan kalian mandi dalam sehari untuk pastikan badan kalian tak dehydrate dan napkan dengan basic H apabila kalian tidur.

Jika berlarutan sehingga hari kedua barulah ibu berikan paracetomal dalam bentuk cecair namun alhamdulillah demam tidak melarat sehingga melebihi 3 hari. Ini kerana melebihi 3 hari doktor akan meminta memberikan antibiotik dan alhamdulillah ibu dapat elakkan. Sepanjang tempoh demam juga ibu pastikan kalian tidur dalam bilik yang bersuhu rendah iaitu sejuk sedikit agar pengaliran haba panas dari badan keluar lebih cepat. Pada waktu ini aircond sangat penting bagi ibu memandangkan cuaca sekarang tidak menentu.

Bagi ibu yang TIDAK mengambil Shaklee sebagai pemakanan tambahan...apa yang boleh ibu kongsikan ialah:

-Andai anak anda demam dan jika anda adalah ibu yang menyusukan bayi dengan susuibu, maka pastikan anda mengambil makanan yang tinggi kandungan vitamin C sebagai contoh buah oren . Untuk mendapatkan 500mg Vitamin C seseorang perlulah mengambil sekurang2nya 7 setengah biji oren sehari. Jika anda mengambil vitamin farmasi, pastikan anda mengambil sekurang2nya vitamin C 500-1000mg sehari.
-Mandikan anak anda melebihi 2 kali sehari agar badan mereka sentiasa lembap demi memastikan kehilangan air akbat pemanasan oleh badan dapat diganti dengan segera.
-Kerapkan susukan si kecil dengan susuibu
-Napkan sendi2 utama anak agar suhu tidak terus meningkat.
-Berikan mereka paracetomal andai panas semakin meningkat atau melarat hari kedua (atas nasihat doktor)
- Pastikan suhu bilik berkeadaan sejuk, jangan sesekali matikan kipas meja atau kipas berdiri kepada anak anda.Ini boleh mengakibatkan mereka mendapat penyakit lain yang lebih serius terutama yang melibatkan paru2 dan pernafasan. -Jangan sesekali pakaikan mereka dengan pakaian yang tebal ini kerana akan mengakibatkan mereka kehilangan banyak air akibat berpeluh dan apabila ini terjadi badan akan kehilangan banyak air dan anak akan lebih lemah.
- Seandainya anak anda berusia melebihi 6 bulan dan telah mengambil makanan pejal, anda boleh berikan sedikit minuman glukos sebagai pemberi tenaga. Ini memastikan anak kita tidak terus lemah akibat kurang selera makan dan minum. Glukos adalah gula ringkas yang boleh dicernakan oleh tubuh badan manusia dengan mudah dan dapat membekalkan tenaga dengan cepat. Jangan sesekali memberikan mereka minuman berkarbonat seperti 100 plus dan sebagainya. Ianya tidak baik untuk kesihatan si kecil kerana kandungan gula yang tinggi.

Maka jika ilmu ini dibaca oleh ibu yang mengandung dan bakal menimang cahayamata, mulakanlah niat anda untuk menyusukan anak. Ini kerana rawatan mudah dapat dilakukan melalui susuibu sahaja dan melalui pemakanan si ibu yang sihat. Jika anak anda diberikan susu formula sejak si comel anda lahir tanpa penyusuan susuibu maka ubat jalan penyelesaian yang mampu diberikan. Apabila ini terjadi maka anda telah menjadikan ubat itu sebahagian dari makanan anak anda. Kasihilah mereka sebagai harta yang tidak ternilai. JADIKAN pemakanan itu sebagai ubat dan JANGAN jadikan ubat itu sebagai makanan kita.

Bagi yang ada petua, bolehlah berkongsi dengan ibu dan pembaca blog ini. Segala yang dikongsi didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih!
**********************************************************************************


Pergghh... bersemangat betul baca tulisan anne. masa kak ngah umur setahun 4 bulan dia demam sampai kena fit. menyesal dan rasa bersalah sangat. apa pun sumer tu jadi pengalaman. dah jumpa basic H dan supplement shaklee nih hope bleh laa handle anak demam. bak kata anne, jgn jadikan ubat sebagai pemakanan kita... harapnya lepas nih dapatlah kurangkan pergi klinik. sekali pergi rm35... baik beli chewable vita C... heheh.. sebolehnya jaga pemakanan dan kesihatan. lepas nih nak try meal shake plak untuk anak2. kalau adik tu tak per laa... bleh lagi rawat demam melalui susuibu. yang abang kakak pun kena jaga jugak sebelum ditimpa penyakit. (kalau ikutkan hati... semua barang shaklee nih nak guna... tak per... pelan2 kayuh... huhuh..)


wokeh... nanti share tentang performance plak... jumpa lagi... daa...

Tiada ulasan: