
alhamdulillah...
Semua tawaran dan pakej Trial Pack hanya boleh di dapati secara eksklusif dari saya dan jaringan saya (maipilihdotcom)dan TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee. Harap Maklum.
*******
wokeh... lepas tu kita layan testimoni yang kebanyakannya tentang kecantikan kulit jer... jom baca di maipilihdotcom... :) sementara tu nak selit sikit promosi bulan nih ialah... jeng jeng jeng...
apa kata pengguna...
kak tengku : anak akak dah tak makan serunding yang akak beli tu. dia makan dendeng ajer sedap ratah dan makan dengan roti. kalau tak raya pun nanti bila2 akak order lagi ya...
kak sal : daging dendeng nih mudah jadi lauk ringkas masa sahur. makan dengan nasi panas pun sedap.
mungkin kerana jarang jumpa daging dendeng nih sebab tu permintaan daging dendeng melebihi permintaan serunding yang dah selalu sangat orang makan.so untuk anda yang ingin mencuba boleh sms/call 0127640760 atau membuat pesanan melalui email ke bibimie@gmail.com.
**update
serunding ayam dan daging telah kehabisan stok. kalau nak order sekarang bleh dapat lepas raya. mana laa tau ada yang nak buat open house ker kan... boleh order dulu laa yer :)
murtabak singapura
seingat aku, mak tak pergi terawikh. sebabnya masjid ngan barek aku tu jauh so abah jerk pergi nek motor. dan lagi plak mak aku tu amik upah menjahit. lepas2 sahur mmg mak tekun menjahit. biasanya kami nih tak sempat berbaju baru sebab mak sibuk siapkan tempahan. kadang2 pagi raya baru sempat siap... huhuhu... arwah angah pun gi masjid jugak tapi aku tak sure dia terawikh ker tidak tapi dia terlibat utk hidangan moreh dan kekemas basuh pinggan dan gelas lepas moreh tu. dah dekat2 nak raya tu arwah angh suka layan kitorang men bunga api. aku tak ingat plak saper beli... arwah abah ker atau arwah angah. berasap2 sampai masuk dalam rumah. sesak napas mak aku... huhuhu...
tu laa kenangan ramadhan waktu kekecik dulu. skang nih bila dah berkeluarga, didik anak2 pulak berpuasa. apa pun slowly kena laa latih dari kecil supaya derang faham. tahun depan nak latih kak ngah plak berpuasa. so aku nak citer pasal duit plak time ramadhan nih.
aku mula biz kecik2 selepas berumahtangga. idea nak meniaga tu timbul sebab nak menampung perbelanjaan kuarga sebenarnya. sebulan dua sebelum start ramadhan tu mmg dah sibuk planning nak meniaga apa. tahun pertama dan kedua tu aku meniaga kerepek. ia bermula seawal 2 minggu sebelum mula puasa sebab rata2 orang nak rasa sample kerepek dulu. ada laa dalam 14 jenis kerepek aku jual sampai aku sendiri pun naik pening. masa tu yang glamer kerepek kacang dhal. kalau tak ada stok kat pengeluar mmg cuak gak takut tak dapat nak penuhi permintaan pelanggan nak2 kalau masa dah suntuk. tempat yang aku biasa amik kerepek di Azhar food di rengit. tahun kedua jual kerepek tu tak larat nak balik kg so angkat kat area banting tu jerk. banyak jugak pusat pengumpulan kerepek kat banting. harga lebih kurang tapi pilihan tak banyak mcm kat azhar food. yang best tu bila aku tanya bekalan kerepek ubi pedas basah, derang kata tak sampai lagi dari johor... cisss... amik kat johor juga rupanyer... huhuu... tahun ke tiga tu aku masih meniaga kerepek atas permintaan ramai walhal masa tu aku meniaga kerongsang laa pulak di bulan ramadhan.
tahun keempat tu aku meniaga tudung bawal dan kerongsang. tapi tudung bawal tu bukan yang first grade laa... gred dua tapi still in good quality. sambutan menggalakkan jugak. yang derang suka bila ada kombo tudung dan kerongsang so harga lebih murah berbanding pembelian berasingan. tahun lepas aku meniaga tudung jugak tapi yang orang pakai skang nih ler... aku try2 juga jual dengan kain pasang. biz tudung mmg laku ler dikalangan budak2 opis. walaupun jalan TAR tu dekat jerk ngan opis tapi sebab ada orang2 yang jenis malas nak jalan jejauh atau nak ronda2 jalan TAR tu, jalan mudah sekali beli ngan aku ler. kalau kat jalan TAR tu terlalu banyak tudung plak lagi payah derang nak pilih. nasib baik ada aku yang jual tudung nih. sua jerk depan derang... pilih apa yang ada jerk... huhuhu...
tahun keenam nih aku lambat sket start meniaga ramadhan. sampai mati kutu tak tau nak meniaga apa. nak meniaga tudung dah tak larat sebab skang dah pindah jauh sket dari jalan TAR so mcm amik masa plak nak ulang alik nanti. last2 aku pilih nak meniaga serunding ayam dan daging serta daging dendeng. serunding ayam ngan daging nih import dari kelantan. sedap pun sedap. daging dendeng hb yang masak plak sentiasa mendapat tempahan. kalau nak kira2, tempahan daging dendeng tu dah nak sama banyak dengan serunding yang aku beli secara borong tu padahal serunding aku tu separuh pun tak jalan lagi... cisss... tapi aku yakin laa.. dah dekat2 nak raya nanti baru laa derang akan tercari2 serunding nih. dah ler aku jual lebih murah dari harga pasaran. aku tengok semalam masa kuar berita, kat bazaar jalan TAR ada yang jual sekilo RM60 dan ada yang jual sekilo RM70. aku? sekilo RM55. kalau pos jerk jadi sama harga mcm kat Central Market... RM63... uhuhu...
so itulah serba sedikit citer tentang kenangan dibulan Ramadhan dan duit di bulan Ramadhan. sama2 ler kita ambil manfaat pahala di sepanjang bulan Ramadhan yang myulia ini. semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang terdahulu. insya-Allah.
“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh Almiraz & Halen dan ditaja oleh Adorable Muslimah“
Pada waktu itu, beliau keluar rumah menuju ke kereta untuk mengambil tafsir alQuran yang tertinggal di dalam kereta. Tetapi setelah lebih 20 minit berlalu, isteri beliau mendapati pintu kereta terbuka dan suaminya sudah tidak kelihatan lagi. Sejak dari detik itu, suaminya masih tidak ditemui hingga ke hari ini.
Mohon jasa baik semua untuk mendoakan kesejahteraan kepada Encik Ithnin dan diberi petunjuk jalan pulang ke rumahnya. Juga mohon doakan Puan Salwa juga diberi kekuatan untuk menghadapi saat getir sebegini.
Sebarang maklumat, mohon hubungi:-
Sarjan Radha (Polis) - 0126059997
Salwa (Isteri) - 0133101221 atau 0163743248 (ibu Salwa)
Jika ada sebarang cara untuk menghulur bantuan kepada keluarga Salwa, sila tolong usahakan. Sahabat kita ini amat memerlukan sokongan dari kita semua.
kes2 mcm nih biasanya melibatkan CSI. kot laa depa leh amik cap jari atau dapat kesan tapak kaki lebih dari seorang... hanya incik CSI jerk laa yang pakar nak buat siasatan. aku cuma terpengaruh dengan citer2 tv tu jerk... huhuh... alternatif lain, tak salah kalau nak tanya ahli psikik.... aa yer ker? orang yang ada ilmu dengan alam ghaib nih ler... ini berdasarkan pengalaman sebab arwah abah dulu ngubat orang so selalu gak orang datang mintak air jampi laa... berubat santau laa... apa laa.. ada satu hari tu orang taman depan datang rumah. dia kata anak dia hilang tak balik rumah. tapi aku tak sure masa tu dah 24 jam ker belum sebab kalau belum 24 jam tak leh report pulis kan? pastu arwah abah telek kira2 pakai jari dia jerk.. tak silapnya hilang dah dua hari kot... nak cakap tak sampai ati... tapi cakap jugak laa...
"rasanya budak nih dah mati..." sentap rasanya... berderau darah bapak budak tu. lepas dari tu yang aku tau dapat jumpa mayat budak tu kat sungai ker apa ntah. aku ingat2 lupa ceritanya. dia kuar dengan kengkawan 4-5 orang nak gi camping ker apa ntah... sendiri2 laa nih bukan ada cikgu ker apa ker... pastu samada dia tergelincir jatuh dalam sungai atau mmg bergurau tolak budak tu masuk sungai... budak2 tu sumer panik. tinggal mcm tu jerk laa kawan dia tu lemas dalam sungai... innalillahh...
kes lain motor hosmet aku hilang masa zaman belajar dulu. so aku tepon arwah abah kot laa dia bleh telek2... dia kata... "masih ada lagi kat kawasan situ. cari jerk laa...". gi cari jumpa gak kat blok depan tu jerk... tapi dia dah tanggal no plet, tempat kunci dah rosak... dan ada part yang dah kena umpil.
sampai skang nih makcik aku suka sangat tanya aku kalau dia lupa atau kehilangan barang. mintak aku tengok ler tu... dulu mmg arwah abah ada turunkan ilmu tu tapi sebab aku tak praktik dan tak sungguh2 nak amik jadi tak dapat feel laa ilmu tu.
okeh laa... moh kita sam2 panjatkan doa moga Allah permudahkanlah dan kembalikanlah mereka yang hilang nih kepangkuan keluarga. aminnn...
daging dendeng
so far yang aku tengok kat Central Market harganya RM63 utk 1kg dan RM36 utk 500g. itu dah termasuk kos sewa kedai. oleh kerana aku market pakai internet jerk kan... bukan nak kena bayar2 sewa apa sumer... logik laa letak murah sket dari pekedai. kat bazaar jalan TAR tak jengah pun lagi. tak larat nak jalan jejauh. terpulang pada individu nak gi kedai atau nak beli secara online. apa pun, setiap pembelian secara pos akan dikenakan bayaran pengeposan. RM6 utk 500g ke bwh dan RM10 utk kurang dari 2kg dan kos pos RM15 utk pembelian lebih dari 2kg. oh ya... setiap pembelian lebih dari 2kg ada diskaun sket sebagai tanda terima kasih.. hehe... sila laa email untuk membuat pesanan ya...
design neo leaf
design twilight grove
design stone square
table top sebijik design mcm nih
harus kumpul duit dulu sebab set corelle nih bukan murah2... huhuhu... sila masuk ke wishlist.
adiosss....
(gambar dari google)
so kesimpulannya, kalau nak tau preggy ke tak preggy mmg dah bleh agak dari indicatornya iaitu sembelit & mood teruja nak meniaga.. ecehhh... hope minat nak meniaga nih dapat laa kat anak2. skang nih pun dah menunjukkan ciri2 mata duitan dan materialistik jugak anak2 aku nih...
abg long : nanti mama belikan... @ nanti abg belikan mama... @ nanti kalau dah besar abg nak beli...
kak ngah : bayar bayar... bayar bayar...
kak uda : nak uwet... nak uwet...
kita tunggu tahun depan... apa kata adik...? huhuhu... sekianlah sahaja cerita tentang 1 biz disetiap tahun perkahwinan... ehh... kena tukar tajuk plak ker? huhuhu... adioss...
“Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang akan direviu oleh juri Adam Mohamad”
****
“Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh juri Adam Mohamad”